8 PENJELASAN KANDUNGAN Ilmu TARIQAH dan TASAWWUF

Posted: 4 January, 2021 in Uncategorized

TASAWWUF atau TARIQAH dalam konsep dan maknanya yang seluas-luasnya meliputi ketiga-tiga ilmu, Tauhid, Feqah dan tasawwuf atau tariqah. Bagaimanapun, ilmu tasawwuf atau tariqah menurut maknanya dan konsepnya yang lebih khusus hanyalah menyentuh aspek ilmu batin sahaja, seperti berikut:

1)Penjelasan Dhikrullah dan Muraqabah serta perkara yang berkaitan kedua-duanya, seperti talqin dhikir, bai’ah, kayfiat berdhikir, rabitah, tingkat-tingkat dhikir dan muraqabah dan sebagainya.

2)Penjelasan Berbagai Sifat-Sifat Tercela (Mazmumah) seperti ujub, bakhil, hasad dengki dll serta menghindarkan sifat-sifat tersebut diistilahkan sebagai al-Takhalli dan juga penjelasan sifat-sifat Terpuji (Mahmudah) seperti taubat, sabar, zuhud, tawakkal dll serta mengamal dan menghayati sifat-sifat terpuji diistilahkan sebagai al-Tahalli.

3)Menjelaskan tentang Keesaan Allah dari sudut Zat-Nya, sifat-sifat-Nya, af’al-Nya dan asma’-Nya berdasarkan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

4)Penjelasan tentang nama tariqah, kedudukan salasilah mursyid atau persambungan rantai-rantai guru dengan nabi Muhammad SAW.

5)Penjelasan mengenai berbagai hukum yang berkait dengan tariqah, seperti hukum mempelajarinya, hukum mengamalkanya, hukum mencari mursyid dan guru tariqah dan sebagainya.

6)Penjelasan mengenai mujahadah di jalan Allah dan rintangan-rintangan dan musuh yang menghalang dan mesti dihadapi terutamanya syaitan, hawa nafsu, keduniaan dan manusia yang ada di sekeliling.

7)Penjelasan berbagai-bagai pengalaman rohaniyah seperti ghaflah, yaqazah, fana’, baqa’ billah, perkara berkait dengan kasyaf, kekeramatan dan sebagainya.

8)Penjelasan berbagai-bagai aspek adab salik. Misalnya adab terhadap guru, adab terhadap diri, adab terhadap kawan, adab terhadap masyarakat, adab terhadap Allah baik yang batin mahupun yang zahir dan sebagainya lagi.

Rujukan Buku Shaikh DalamIlmuTariqah, DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK AL-KHALIDI, ms 16-20, Al-Falah Publications Sdn Bhd, Cetakan 2015

DISCLAIMER admin mohon kemaafan sekiranya berlaku kesilapan dan kesalahan semasa mengedit fakta dan info daripada sumber di atas. Sila maklumkan sebarang kesilapan kepada abadisalam@gmail.com

Leave a comment