BIOGRAFI

Tuan Guru Kopiah2

 YBHG TUAN GURU DR HJ JAHID BIN HJ SIDEK

(B.A., M.A. dan Ph.D. Universiti Malaya)

email: drjahidonline@gmail.com

YBhg Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek dilahirkan pada tanggal 11 Februari, 1940 di Batu Pahat, Johor Darul Takzim. Beliau kini berumur 74 tahun.
PENDIDIKAN:
  • 2012 – Dalam Proses Pembelajaran Semester 2 Dalam Ijazah Peringkat Kedoktoran (Ph.D) Kali Ke 2 Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  • 1992 – Ijazah Peringkat Kedoktoran (Ph.D.) Universiti Malaya Bidang Tasawwuf .
  • 1975 – Ijazah Peringkat Sarjana (M.A.) Bidang Usul Fekah
  • 1969 – 1972 : Ijazah Peringkat Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya Kuala Lumpur
  • 1963 – Menerima Sijil Tertinggi Kolej (STK)
  • 1959 – 1963 : Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor
  • 1957 – Menerima Sijil Darjah Khas Yang Melayakkannya Untuk Menjadi Guru Agama Di Sekolah-Sekolah Agama Johor
  • 1957 –  Sekolah Agama Kerajaan Johor Sampai Darjah Khas
  • 1956 – 1958 : Sekolah Arab Kluang Batu 1 Jalan Mersing, Johor
  • 1956 – Sekolah Melayu (Kebangsaan) Dan Tamat Darjah 6

KERJAYA:

  • 1995: Bersara Prof Madya
  • 1994: Pensyarah Di Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (APIUM) Kuala Lumpur
  • 1993: Dinaikkan Pangkat Ke Profesor Madya
  • 1973 – 1993 : Pensyarah Di Jabatan Pengajian Islam Fakulti Sastera Universiti Malaya
  • 1972: Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Tengku Temenggong Ahmad, Kundang Ulu, Muar, Johor
  • 1969: Mengajar Di Sekolah Menengah Tun Perak, Muar, Johor DT
  • 1964 – 1968: Guru Agama Di Sekolah Menengah Inggeris Jasin Melaka

SUMBANGAN DALAM MASYARAKAT:

Bergiat aktif dalam masyarakat sebagai pemimpin Islam setempat dengan usaha membangunkan hal ehwal agama Islam seperti surau, masjid dan sekolah agama dan aktif berdakwah membimbing masyarakat setempat melalui ceramah dan rawatan Islam.

  • 1990 – 2004 : Mantan Nazir Masjid Nurul Yaqin Kg Melayu Sri Kundang Rawang
  • 1988 – 1990 : Mantan Pengerusi Surau An-Nur, Kg Melayu Sri Kundang Rawang
  • 1988 – 1990 : Pengasas Dan Mantan Pengerusi Sekolah Agama Rakyat An-Nur Kg Melayu Sri  Kundang (Sekarang Menjadi Sekolah Rendah Agama An-Nur, Kg Melayu Sri Kundang)

PENGLIBATAN DALAM NGO:

  • 2013 – kini: Penasihat, Koperasi Bina Budi Malaysia
  • 2008 – kini: Pengasas Dan Penasihat, Pusat Perlindungan Pesakit HIV @ Istana Budi, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) di Lorong Beringin Batu 17 Kuang 48050 Rawang (http://www.istanabudi.blogspot.com)
  • 2006 – kini: Yang Dipertua, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) (http://www.binabudi.wordpress.com)
  • 1990 – kini: Pengasas Dan Pakar, Kaedah Rawatan Refleksologi Kerohanian Islam @ Pusat Rawatan Islam Manarah, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) di Lorong Beringin Batu 17 Kuang 48050 Rawang (http://www.primanarah.wordpress.com @ http://www.primanara.blogspot.com)
  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pusat Dakwah Warga Emas Dan Pusat Pemulihan Penagih Dadah Kg. Bukit Kerayong, Kuala Selangor

TAULIAH MENGAJAR 

  • Pemegang Tauliah Mengajar/ Berceramah Negeri Selangor Jais Kategori D1 & D2

KEPAKARAN DALAM BIDANG RAWATAN ISLAM:

  • Ketua Panel Pembangunan Modul Istitabah, Bahagian Perubatan Islam, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) (http://www.mais.gov.my/web/guest/bengkel-penggubalan-modul-istitabah-baitul-iman-siri-kedua.html)
  • Panel Pembangunan Modul Ilaj Home, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia/Malaysian Qualifications Agency (MQA) Dalam Bidang Perubatan Islam pada 19hb September, 2012
  • Pakar Rujuk Indeks Pematuhan Piawaian Syariah Yang Dibangunkan Oleh Universiti Malaysia Pahang (UMP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Panel Perbincangan Bagi Membangunkan Garis Panduan Perubatan Islam Malaysia
  • Berpengalaman selama 20 tahun dengan memperkenalkan kaedah rawatan menggunakan Teknik pukulan/tepukan/merotan (menggunakan ranting pokok nona), dzikrullah dan doa kepada pelbagai penyakit yang dialami pesakit.
  • Mengasaskan Pusat Rawatan Islam MANARAH di bawah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) di Lorong Beringin, Kuang, Selangor Darul Ehsan.
  • Bersedia bekerjasama, memberi nasihat, tunjuk ajar serta bimbingan dalam pelbagai masalah yang dihadapi oleh individu, kumpulan samada daripada pihak kerajaan atau swasta.
  • Aktif menulis artikel, membentang kertas kerja, berdakwah dan
  • Berdakwah dan Membimbing orang ramai berhubung Pelbagai perkara dalam Perubatan Islam melalui media masa, seminar, ceramah dan kursus yang dianjurkan oleh pelbagai pihak.

TAREKAT DAN TASAWWUF:

  • Dilantik sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007. (penubuhan majlis tersebut bertujuan menasihati, memantau dan mengembalikan kedudukan dan perjalanan Tarekat dan Tasawuf mengikut Al-Quran dan Sunnah) Rujukan:http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/tareqat-tasauwuf/159-info-bahagian-tarekat-tasawuf/611-senarai-anggota-jilsah-al-turuq-al-sufiyyah.html
  • Mengkaji, mempelajari dan mengamalkan tiga tarekat, iaitu Ahmadiyyah, Qadiriyyah dan Naqsyabandiyyah.
  • Dilantik sebagai Shaikh dalam Tariqah Naqsyabandiyyah Khalidiyyah yang juga memimpin amalan Khalwah/Uzlah/bersuluk di Madrasah Babul-Khayrat, Jalan Suka, Kampung Melayu Majidi, Johor Bahru dan di Madrasah Manaratil ‘Ilmi di Jalan Pekan-Kuantan, Kuantan, Pahang, dan memimpin Majlis Dhikrullah@Tawajjuh di beberapa tempat di seluruh Malaysia.
  • Pengerusi Madrasah Babul Khairat, Jalan Suka, Kg Melayu Majidee Johor Baharu (Sejak 1990 – Kini)
  • Pengerusi Madrasah Manaratil Ilmi,Km 30 Jalan Kuantan Pekan (Sejak 2007 Hingga Kini)
PENGIKTIRAFAN & ANUGERAH:
  • Dilantik sebagai Ahli Majlis Tariqah-Tariqah Sufiyah (Jalsah Turuq Sufiyah) oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan di bawah Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan pada Mac 2007. (penubuhan majlis tersebut bertujuan menasihati, memantau dan mengembalikan kedudukan dan perjalanan Tarekat dan Tasawuf mengikut Al-Quran dan Sunnah)
  • Penerima Anugerah Tokoh Pemulihan Ar-Riqab daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sempena Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam

KARYA ILMIAH BUKU YANG TELAH DITERBITKAN:

Membentuk Jiwa Sufi B Membentuk Jiwa Sufi D

  • Membentuk Jiwa Sufi, Terbitan Al-Falah Publications Sdn Bhd 2006 dan 2011

show_imagew syeikhdalamtariqah

  • Shaikh dalam Ilmu Tariqah, Penerbitan Pustaka Universiti Malaya 1997 dan Al-Falah Publications Sdn Bhd 2010

BerpawangJin1 BerpawangJin2

  • Berpawang dan Bersahabat dengan Jin daripada Perspektif Islam, Terbitan Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd 2004 dan Nurin Enterprise 1988
  • Tokoh-tokoh dan Peristiwa Penting Sejarah Islam, Terbitan Adabi Publishing Sdn Bhd 1981, 1983 dan 1984
  • Strategi Menjawab Sejarah Islam, Terbitan Nurin Enterprise, 1986 & 1993
  • Dhiaul Iman Fi Thariq Ar-Rahman (Terjemahan Kitab Tanwirul Qulub Shaikh Muhamad Amin Kurdi) (Terjemahan Kitab) Terbitan Penerbitan Sarjana, 1989.
  • Kedudukan Qiyas Dalam Perundangan Islam.
  • Telah membentangkan lebih 50 kertas kerja untuk pelbagai seminar di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan lain-lain, mengarang artikel ilmiah bagi ruangan akhbar “Perubatan Alternatif” dan lain-lain majalah.

PENULIS TETAP DI MAJALAH:

  1. Majalah Q & A – Ruangan Mutiara al-Hikam (http://mymajalahqna.blogspot.com/p/kolumnis.html)
  2. Majalah Al-Islam – Ruangan Umum

CERAMAH @ KULIAH:

Beliau pemegang Tauliah Mengajar/ Berceramah Negeri Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Kategori D1 & D2 dan memberi Ceramah Umum, Forum Perdana, Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib dan Kuliah Tengahari di merata tempat antaranya di Pejabat-pejabat kerajaan, swasta, masjid atau surau di seluruh Malaysia.

SENARAI KERTAS KERJA TASAWWUF@SUFI@TAREKAT:

(1) (01 Disember, 2012) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 3, Tajuk: “FANA’, YAQAZAH DAN KASYAF” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah(2) (05 FEBRUARI, 2012) Maulidur Rasul 1433h, Tajuk: “USWAH HASANAH; CABARAN DALAM TA’ALIM, TARBIYYAH DAN TARQIYYAH”, Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah Seremban Kerjasama: Jabatan Mufti Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah Kg Pondok Rasah Seremban.(3) (03 Disember, 2011) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 2, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT DAN MASALAH DALAM PENGAMALAN ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah(4) (24 Julai, 2011) Seminar Kefahaman Tarekat Tasawwuf, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP PENTING ILMU TAREKAT” Anjuran: Qolbu Solehin Consultancy, Tempat: Kompleks Perpaduan Kamunting, Kg Expo Kamunting Taiping Perak Darul Ridzuan.

(5) (14 Mei, 2011) Simposium Tarekat Tasawwuf – Siri 1, Tajuk: “PRINSIP-PRINSIP DALAM ILMU TAREKAT” Anjuran: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah

(6) (20hb Februari, 2011) Ceramah Perdana Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1432H, Tajuk: “MENCINTAI RASULULLAH S.A.W”. Anjuran: Madrasah Saidiyyah, Kg Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Tempat: Madrasah As-Saidiyyah, Kg Pondok Rasah.

(7) (25 – 26 Mac 2007) Seminar Perubatan Islam & Pemurnian Tasawwuf, Tajuk: “KEPENTINGAN TASAWWUF DALAM PENINGKATAN ILMU DAN AMAL” Anjuran: Persatuan Pelajar Mahasiswa Pahang Dewan Abbasiah Kaherah, Dengan Kerjasama Yayasan Pahang dan Jabatan Penuntut Malaysia di Kaherah Mesir, Tempat: Dewan Abbasiah Kaherah, Mesir.

(8) (22 Disember, 2007) Seminar Tasawwuf Negeri Sembilan 2007, Tajuk: “PENYAKIT-PENYAKIT HATI: PUNCA DAN KAEDAH RAWATANNYA MENURUT PRINSIP TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Mufti Negeri Sembilan, Tempat: Allson Klana Resort Seremban.

(9) (25 Mac 2005) Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya Tajuk: “SUMBER ILMU DALAM TASAWWUF: PENGALAMAN PENGAMAL”. Anjuran : Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd. Tempat : Dewan Kuliah 7, N24, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor

(10) (25 Mac, 2005) Seminar Kefahaman Tasawwuf Dan Penghayatannya, Tajuk: “KEDUDUKAN DAN KEPENTINGAN TAREKAT DALAM ISLAM”, Anjuran: Anugerah HRM Consultant Sdn Bhd, Tempat: Dewan Kuliah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor Bharu.

(11) (10 – 11 Januari, 2004) Simposium Peradaban Ilmu Dan Ketamadunan Islam (SPIKE ’04). Tajuk: “HUBUNGAN TASAWWUF DENGAN SUNNAH, KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN TOKOH-TOKOH SUFI DALAM PEMBINAAN TAMADUN” , Anjuran: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Teknologi Malaysia (PMIUTM) Dengan Kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) ALUMNI UTM, Masjid Sultan Islam (MSI)

(12) (09 – 10 Ogos, 2003) Seminar Tasawwuf Kebangsaan, Tajuk: “DHIKRULLAH: ANTARA SUNNAH DAN BID’AH”, Anjuaran Jabatan Mufti Negeri Sembilan dengan Kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Tempat: Allson Klana Resort Seremban Negeri Sembilan.

(13) (17 – 19 Ogos 2002) Seminar Dakwah Tariqah Tasawwuf Antarabangsa, Tajuk: “SALAH FAHAM TERHADAP SHAIKH DAN MURID DALAM TAREKAT TASAWWUF”, Anjuran Bersama: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan,

(14) Seminar Tasawwuf, Tajuk: “TAREKAT DAN TASAWWUF: MEHNAH DAN TRIBULASI” Anjuran: Persatuan Pelajar, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak.

(15) Seminar Kefahaman Tasawwuf Islam, Tajuk: “KEPIMPINAN TAREKAT/TASAWWUF SATU PENJELASAN” Anjuran: Universiti Putra Malaysia (UPM)

(16) Muzakarah Ulama’, Tajuk: “ILHAM, KASYAF DAN ILMU LADUNI MENURUT PANDANGAN AHLI TASAWWUF”, Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Hotel Marriot Putrajaya.

(17) Seminar Kefahaman Islam, Tajuk: “PERANAN MANHAJ SUFIYYAH KE ARAH TAZKIYAH AN-NAFS”, Anjuran: Sekretariat, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

(18) Seminar Solat, Tajuk: “SEMBAHYANG YANG KHUSYUK”, Anjuran: Masjid al-Falah USJ 9 Subang Jaya

(19) Seminar Kepimpinan UM, Tajuk: “KEPENTINGAN AKHLAK ISLAMIAH DALAM KEPIMPINAN ISLAM”, Anjuran: Kolej Kediaman Kelima UM.
“AMALAN SULUK/KHALWAT DALAM TASAWWUF”

(20) (16 – 18 September, 1995) Forum Tasawwuf Islam Antarabangsa, Tajuk: “PERKEMBANGAN TAREKAT NAQSYABANDIAH DI MALAYSIA” (Bahasa Arab), Anjuran: Ketua Lembaga Wakaf, Libya, Tempat: Tripoli, Libya

KERTAS KERJA BERKAITAN PERUBATAN DAN RAWATAN ISLAM 

(1) (1 Disember, 2012) Kongres Pengubatan Islam Nusantara, Tajuk: “BEDAH BATIN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”. Anjuran Bersama: Darussyifa’, GAPPIMA dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

(2) (11 November 2012) Seminar Perubatan Islam, Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS PENYAKIT DAN RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPRITUAL ISLAM” Anjuran Bersama: Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat: Dewan Solat Utama, Surau Al-Hidayah, Desa Coalfields, Sg Buloh

(3) (20 Oktober 2012) Seminar Perubatan Islam (SEPIM) Tajuk: “MEMAHAMI ASAS-ASAS PENYAKIT DAN RAWATANNYA MENURUT ISLAM” Dan “KEKELIRUAN MASYARAKAT DALAM RAWATAN SPRITUAL ISLAM” Anjuran: Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) Tempat: Masjid Parit Khodi, Muar, Johor Darul Takzim

(4) (21hb September, 2012) “SENARIO SIHIR DALAM MASYARAKAT MASA KINI”. Pembentangan Kertas Kerja III : “Perubatan Islam sebagai Benteng Diri Dalam Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah”Konvensyen Pegawai Penguatkuasa Agama dan Pendakwa Syarie seluruh Malaysia Tahun 2012 anjuran Jakim melalui Bahagian Penyelarasan Undang-Undang bertempat di Hotel Regency, Kuala Lumpur.

(5) (14hb Julai, 2012) “SIHIR: SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Pemantapan Aqidah 2012 anjuran Persatuan Guru-Guru KAFA Zon C Negeri Sembilan Kerjasama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) bertempat di Dewan Theatrette, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, Negeri Sembilan.

(6) (13hb Mei, 2012) “PENGENALAN PERUBATAN ISLAM/TRADISIONAL ISLAM”. Seminar Perubatan Islam 2012 Anjuran Bersama United Sabah Islamic Association (USIA) dan Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) bertempat di Dewan Utama USIA, Kota Kinabalu, Sabah.

(7) (30hb Mei 2012) Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Perubatan Islam bertempat di Auditorium Perpustakaan Kampus Induk Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pekan, Pahang Darul Makmur.

(8) (23hb FEBRUARI, 2012) “SATU PENGENALAN RAWATAN SPIRITUAL@TRADISIONAL ISLAM” dan “SIHIR SATU TINJAUAN KHUSUS MENGENAI SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Sihir Dan Undang-Undang, anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) bertempat di Kompleks AB, Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan.

(9) (20hb Oktober, 2011) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Wacana Islam Semasa: Sihir Dan Saka anjuran Seven Layer Tranning & Consultancy Sdn Bhd bertempat di Dewan Serbaguna Podium B Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya.

(10) (07 Oktober 2011) “PROGRAM DISKUSI ILMIAH BERKAITAN DENGAN SIHIR” anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak (SUPS) bertempat di Auditorium Tingkat 17 Bangunan Sultan Iskandar, Kuching, Sarawak.

(11) (07hb Mei, 2011) “SIHIR: SATU TINJAUAN KHAS SIHIR DALAM TANGKAL AZIMAT”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kefahaman Aqidah anjuran Pejabat Agama Daerah Setiu bertempat di Dewan Teater, Kolej Pendidikan Bestari Setiu, Terengganu.

(12) (06hb Mac, 2011) DISKUSI PERUBATAN ISLAM anjuran Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Dewan Kuliah USIM.

(13) (11hb Oktober, 2010) “SIHIR DAN BAHAYANYA TERHADAP MANUSIA DAN
KEHIDUPAN MEREKA”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Undang-Undang Jenayah Sihir, anjuran Kolej Antarabangsa IKIP dengan kerjasama Yayasan Pahang, Majlis Ugama Islam Pahang Dan Jabatan Kehakiman Syariah Pahang bertempat di Dewan Besar, Kompleks Yayasan Pahang.

(14) (11hb Julai, 2010) “JIN/SYAITAN: HUBUNGANNYA DENGAN PELBAGAI GANGGUAN KESIHATAN MANUSIA”. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Pemantapan Aqidah anjuran bersama Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI) dan Yayasan AMAL Malaysia bertempat di Auditorium Pustaka Miri, Sarawak.

(15) (21 Februari 2010) “SAKA, SIHIR SANTAU: KESAN & RAWATAN”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk Halus anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEIK) bertempat di Dewan Utama USM Kubang Kerian.

(16) (27hb Jun, 2009) Kertas Kerja telah dibentangkan di Seminar Rawatan Islam yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar di Maahad Tahfiz Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

(17) (01hb April, 2009) TALKSHOW PERUBATAN ISLAM anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di Auditorium USIM.

(18) (03hb Mac, 2008) “GANGGUAN JIN/MAKHLUK HALUS KE ATAS MANUSIA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Pendidikan anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM) bertempat di Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

(19) (03hb Februari, 2008) “SAKA: KESANNYA DAN KAEDAH RAWATANNYA”. Kertas Kerja dibentangkan di dalam Seminar Rawatan Islam anjuran Anjuran IQ Insan Training & Consultancy dengan kerjasama Masjid Wilayah Persekutuan bertempat di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur.

(20) (05hb Januari 2008) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran, anjuran IQ Insan Training Dan Consultancy Dengan Kerjasama Masjid Negara Kuala Lumpur bertempat di Dewan Kuliah Masjid Negara.

(21) (Disember, 2007) “SIHIR: CIRI-CIRINYA, KAEDAH RAWATAN DAN AMALAN PENDINDING”. Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Rawatan Sihir Menggunakan Al-Quran anjuran Jabatan Al-Quran dan Sunnah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bertempat di Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.

(22) (25hb Mac 2007) “METODOLOGI PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU MENURUT PERSPEKTIF ISLAM”. Kertas kerja dibentangkan di dalam Seminar Perubatan Islam & Tasawwuf anjuran Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia dan Jawatankuasa Penghuni Dewan Abbasiah Kaherah Dengan Kerjasama Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Yayasan Pahang dan Badan Kebajikan Mahasiswa/i Islam Pahang Mesir bertempat di Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah, Mesir.

(23) (25hb Disember, 2005) “KOMBINASI PUKULAN, DHIKRULLAH DAN DOA SATU KAEDAH PERUBATAN ISLAM YANG PENTING”. Kertas Kerja Dibentangkan di Seminar Sehari Metafizik Islam 1 anjuran Persatuan Kebajikan Saviour Insan Selangor (PERKESAN) bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Shah Alam, Selangor.

(24) (05hb Mei, 2004) “PANDUAN AMALAN PERUBATAN DALAM ISLAM”. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Perubatan Tradisional Menurut Islam Anjuran Sekolah Pengurusan Dakwah, ILDAS bertempat di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Sg Lang, Sabak Bernam, Selangor.

(25) (04hb Julai 2002) “MENURUN: KEBENARANNYA MENURUT ISLAM”. Kertas Kerja Dibentangkan dalam Seminar Alam Misteri Dalam Budaya, anjuran Pejabat Muzium Etnologi Dunia Melayu, Jabatan Muzium & Antikuiti bertempat di Muzium Negara Kuala Lumpur.

Tuan Guru Bersongkok

Bergambar Kenangan di Galeri Ilmu sempena Tazkirah Ramadhan oleh Dr Afifi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s